NEGARA
AFRIKA SELATAN
A. Sejaran Negara Afrika Selatan
Afrika Selatan
adalah sebuah republik di selatan Afrika. Negara ini berbatasan dengan Namibia,
Botswana dan Zimbabwe di utara, Mozambique dan Swaziland di timur laut. Pada
masa silam, negara ini dikecam karena dasar apartheidnya tetapi sekarang Afrika
Selatan adalah sebuah negara demokratik dengan penduduk kulit putih terbesar di
benua Afrika. Afrika Selatan merupakan negara multiras dan mempunyai 11 bahasa
resmi. Afrika Selatan terkenal sebagai penghasil berlian, emas dan platinum
yang utama di dunia.
1.
Sejarah Purba
Manusia modern
tinggal di Afrika Selatan selama 100.000
tahun, manakala keturunan mereka berada disini selama 3,3 juta tahun. Sebuah
lokasi yang kaya dengan peninggalan fosil adalah di Gua Sterkfontein dekat Johannesburg dan Pretoria. Kini dikenali
sebagai ayunan manusia atau Cradle of Humankind. Bukti-bukti terbaru
manusia primitif adalah lukisan-lukisan gua yang dihasilkan oleh sekumpulan
orang dari Zaman Batu, yaitu kaum kerabat suku Khoekhoen dan San.
2.
Kedatangan orang Eropa
Penempatan
Eropa yang pertama di Afrika Selatan ialah di Table Bay (kini Cape Town) oleh Serikat Hindia Timur Belanda (VOC) pada
tahun 1652. Pada asalnya ia didirikan sebagai pusat persinggahan untuk
kapal-kapal yang melaluinya. Namun demikian, koloni ini kian berkembang ketika petani-petani Belanda
membuka ladang-ladang mereka di penempatan ini. Selepas itu, budak-budak
diimport dari Afrika Timur, Madagascar dan India Timur, untuk bekerja
di ladang mereka.
Pada tahun 1679, Serikat VOC mengambil
keputusan untuk meningkatkan pengeluaran pertanian di penempatan
ini dengan menggalakkan lebih banyak penduduk Eropa pindah ke penempatan ini.
Para pendatang berbangsa Jerman dan Belanda ditawarkan ladang percuma apabila
mereka datang ke Cape. Pada tahun 1688 beberapa ratus orang berbangsa Huguenots yang lari dari penindasan kerajaan Perancis
berpindah ke Cape dan diberi tanah di penempatan ini. Pendatang-pendatang
tersebut kemudiannya menerima budaya serta bahasa Belanda dengan hati yang
terbuka. Sebagai peladang mereka menanam gandum yang banyak dan bijirin yang lain untuk dijual
ke VOC. Disamping itu, mereka menanam pokok anggur untuk dijadikan anggur dan brandi - produk yang mempunyai permintaan yang tinggi
oleh pelayar-pelayar Belanda dan juga dapat
diekspor ke Eropa. Namun
demikian, ekonomi yang penting untuk para pendatang adalah peternakan, yang
memerlukan kawasan padang rumput yang luas
sebab tanah di Cape kurang subur.
Pada akhir abad itu, ladang rumput yang gersang menjadi suatu masalah besar
bagi pendatang-pendatang di penempatan ini.
Akibatnya, pada
tahun 1700 petani-petani ini menerobos masuk ke wilayah kerajaan Bantu, 700 kilometer
ke timur Cape Town. Ini
menimbulkan konflik antara pihak pendatang dengan suku Bantu dan Xhosa dan memulai peperangan selama satu abad,
dimana pihak Belanda berhasil menaklukan kerajaan Xhosa. Pada masa yang sama,
tempat-tempat di luar jangkauan Belanda melancarkan kerajaan yang baru
yaitu kerajaan Zulu.
Pada 1820 an,
pemimpin Zulu yang terkenal
yaitu Shaka mendirikan
kerajaan yang besar di tenggara Afrika yaitu Lesotho dan kerajaan
Sotho-Tshwane yang lain. Sementara itu bermula pada 1830 an, kaum kerabat
pendatang Belanda yang pertama, yang dikenali sebagai Boer Voortrekkers
memulakan migrasi ke bahagian
utara Afrika Selatan.
Pihak Inggris
menduduki Tanjung Harapan (Cape of Good Hope) pada 1806 dan
kemudian daerah Natal. Sepanjang abad 1800, pengaruh Eropa mula berkembang
kearah timur. Pada pertengahan 1800, kumpulan Voortrekkers (Bahasa
Afrikaan yang bermaksud perintis) mendirikan dua republik kaum kulit putih, Zuid-Afrikaansche
Republiek (ZAR) atau Republik Afrika Selatan di Transvaal dan Orange Free State.
3.
Revolusi Tambang
Penemuan
berlian di utara Cape pada 1860 an menarik berpuluh ribu orang ke bandar
Kimberley. Pada 1871, pihak Inggris merampas semua Tambang berlian di negara ini.
Mereka juga menakluki daerah-daerah kulit hitam yang berakhir dengan perang Anglo-Zulu pada 1879, di
mana kerajaan Zulu jatuh ketangan penjajah Inggris.
Pembukaan
Tambang emas Witwatersrdan pada tahun 1886 merupakan titik perubahan bagi
sejarah Afrika Selatan. Permintaan bagi hak franchise untuk
pendatang penutur bahasa Inggeris yang bekerja diTambang emas baru yang kaya
ini merupakan alasan yang digunakan oleh Inggris bagi memulakan peperangan
dengan Transvaal dan Orange Free State pada tahun
1899. Pihak Boers pada mulanya menyebabkan kekalahan teruk kepada Inggris
tetapi akhirnya kekuatan kerajaan Inggris
melemahkan pasukan gurila (yang dikenali sebagai komando) dan peperangan berakhir pada tahun 1902.
Kebijakan membumi hanguskan Inggris termasuk membakar ladang dan penahanan anak
dan isteri Boer dan penduduk kulit hitam yang berada dalam laluan mereka.
Beribu-ribu mati dalam kemah tahanan. Pihak Boers sadar bahawa penentangan
berterusan akan menyebabkan mereka lenyap dari bumi Afrika Selatan. Oleh itu, pada
31 Mei, 1902 pihak Boers dan Inggris menandatangani Perjanjian Vereeniging di Pretoria.
Perjanjian ini memberikan kuasa penuh kepada pihak Inggris untuk memerintah
Afrika Selatan. Manakala, pihak Inggris bersetuju untuk membayar hutang perang
kerajaan Boer sebanyak £3,000,000. Disamping itu, penduduk Belanda diberi hak
kerakyatan istimewa di Afrika Selatan.
4.
Penyatuan Afrika Selatan
Pada tahun
1910, Kesatuan Afrika Selatan didirikan dari empat daerah yaitu Cape, Natal, Transvaal dan Free State. Kesatuan ini
adalah lebih kepada kesatuan kaum kulit putih dari segi hak dan kuasa politik.
Manakala, penduduk kulit hitam dikesampingkan. Akibatnya, kaum kulit hitam
menentang kesatuan ini. Walaupun terdapat penentangan yang hebat terhadap
kerajaan berbentuk perkauman, Akta Tanah Pribumi (Natives Land Act) digubal
pada tahun 1913. Akta ini menetapkan kawasan-kawasan penempatan yang dipanggil
"homeland" yang
dapat diduduki oleh kaum kulit hitam. Penempatan ini hanya merangkumi 13%
kawasan di seluruh Afrika Selatan. Selain itu, lebih banyak akta diskriminasi
digubal, seperti pemberian kerja yang memihak kepada kaum kulit putih. Pada
1930 an, diskriminasi perkauman menjadi semakin teruk akibat kebangkitan
semangat nasionalisme di kalangan bangsa Afrikaner.
Partai politik
pertama di Afrika Selatan adalah Partai Afrika Selatan yang didirikan
oleh Louis Botha dan Jan Smuts pada 1910. Dua tahun kemudian, Kongres Kebangsaan Afrika atau African
National Congress (ANC) pula didirikan untuk membangkang diskriminasi penduduk
kulit hitam dari pelibatan politik. Beberapa tahun selepas itu, Partai Kebangsaan atau National
Party (NP) dibawah pimpinan Barry Hertzog menggantikan Partai Afrika Selatan. Pada 1934,
kedua-dua partai bergabung dan dikenali sebagai partai Afrika Selatan Bersatu
(United Party South Africa). Gabungan ini berhasil menyatukan suku Afrikaner
dan Inggris. Namun, perkongsian kuasa ini berakhir pada 1939 sewaktu Perang Dunia II meletus.
Perpecahan ini berlaku kerana kesatuan tersebut menyokong pihak Inggris,
manakala suku berhaluan kanan Partai Kebangsaan, bersimpati
pula dengan regim Nazi di Jerman.
5.
Kebangkitan Apartheid
Pada tahun
1948, selepas berakhirnya Perang Dunia II, Partai
Kebangsaan (NP) yang pro-Afrikaner , mengambil alih kuasa dan membawa bersama
mereka ideologi apartheid, suatu
pendekatan kuku besi dalam melaksanakan kebijakan perkauman, yang lebih zalim
dari kebijakan-kebijakan perkauman kerajaan sebelumnya.
Sementara itu,
pihak pembangkang berkulit hitam pula melalui perubahan yang besar. Pada 1943,
satu kumpulan belia yang lebih agresif dan komited melancarkan sayap baru yang
dipanggil "ANC Youth League", yang telah melahirkan banyak
tokoh-tokoh politik hebat seperti Nelson Mandela, Oliver Tambo dan Walter Sisulu.
Pada 1961,
kerajaan NP dibawah pimpinan Perdana Menteri HF Verwoerd
mengisytiharkan Afrika Selatan sebagai sebuah republik selepas
memenangi pungutan suara rakyat kulit
putih. Selepas itu kerajaan melancarkan segregasi secara besar-besaran dengan
mengharamkan perkawinan berlainan
bangsa dan menghendaki setiap rakyatnya mendaftar diri berdasarkan bangsa atau
warna kulit.
Segregasi perumahan kemudiannya dikuatkuasakan dimana komunitas berkulit hitam
dipaksa berpindah kepada kawasan yang ditetapkan untuk kaum kulit hitam.
Kerajaan Afrika Selatan juga merangka kebijakan untuk pembangunan berasingan,
dan membahagi-bahagikan penduduk Afrika kepada "negeri-negeri" tiruan
dengan "homeland"nya yang tersendiri dengan janji setiap negeri akan
diberikan "kemerdekaan". Hampir 3.5 juta penduduk kulit hitam menjadi
mangsa pemindahan ini dan ia menyebabkan meningkatnya kawasan setinggan di
Arika Selatan. Rakyat kulit hitam dijadikan rakyat kelas dua dengan adanya "pass laws"
dan kawalan influx yang dilaksanakan dengan ketat. Ini membangkitkan kemarahan
dari pihak ANC dan pada 1949 mereka melancarkan Program Tindakan yang menolak
dominasi kaum kulit putih dan menggalakkan tindakan protes, mogok dan
demonstrasi.
B. Geografis Negara Afrika Selatan
Kota 1
Luas 1.219.912 km²
Kepadatan Penduduk 39,6 /km²
Sekeliling 7.660 km
- Standard & Poor's: BBB (Stabil, 29 November 2012)
- Fitch: BBB (Stabil, 10 Januari 2013)
- Moody's: Baa1 (Stabil, 5 Agustus 2012)
- Dagong: A (Negatif, 29 Agustus 2012)
C. Perekonomian Negara Afrika Selatan
Afrika Selatan mempunyai dua jenis kegiatan ekonomi; pertama adalah bersaing dengan
negara maju yang lain dan kedua bergantung kepada kemudahan infrastruktur yang
asas.
Walaupun aparteid telah berakhir, kumpulan minoriti kulit putih iaitu 10 %
dari penduduk Afrika Selatan, sama ada secara langsung atau melalui equity
positions mengawal 69 % syarikat-syarikat yang tersenarai di Johannes burg
Stock Exchange : 27 % syarikat asing, dan hanya 4 % ditangan kaum kulit hitam.
Kerajaan Afrika Selatan telah mensasarkan sektor perlombongan yaitu tunjang utama ekonomi negara, dipegang oleh 15 peratus kaum kulit
hitam menjelang 2009 dan ia akan ditingkatkan kepada 26 peratus pada 2014.
Korporat Afrika Selatan berusaha untuk mengurangkan dominasi kaum kulit
putih dalam ekonomi.
Bahan komoditi yang dieksport: alat-alat mesin, makanan dan peralatan,
bahan kimia, produk petroliam dan peralatan saintifik.
GDP Afrika Selatan pada tahun 2004 tercatat sebesar Rata-rata pertumbuhan ekonomi Afrika Selatan sebesar
4 % dari GDP ASD 491.4 juta dengan pertumbuhan rata-rata 4 % setahun.
Penduduk Afrika Selatan berdasarkan
bulan Juli 2005 berjumlah 44.344.136 orang dengan pertumbuhan sekitar
0.25 %, sementara itu GDP per kapitanya pada tahun 2004 diperkirakan sebesar
ASD 11,000 dengan peningkatan kadar inflasi pada tahun 2005 sebanyak 3.8%.
emas, chrom, antimony, tembaga, bijih besi, mangan, nikel, fosfat, bijih
timah, uranium, galian bernilai, platinum, berlian, arang batu , vanadium, garam dan gas
asli.
·
Afrika selatan juga kaya
akan pertanian dan peternakan seperti :
Jagung, gandum, gula, buah-buahan, sayuran, daging, ternakan ayam dan kambing, produk susu, bulu biri-biri.
Jumlah perdagangan luar negerinya hingga Oktober 2005 telah mencapai Rp. 559 juta, yakni naik 14.8 peratus berbanding dengan
jangka masa yang sama pada tahun 2004. Eksport Afrika Selatan antara
Januari-Oktober 2005 mencapai Rp. 269 juta, sementara importnya mencapai Rp. 290
juta. Oleh yang demikian negara ini telah mengalami defisit perdagangan
sebanyak 8.1 peratus.
Beberapa indikator pertumbuhan ekonomi Afrika Selatan yang menonjol saat
ini ditandai oleh beberapa faktor berikut ini yaitu Afrika Selatan memperoleh
credit rating Triple B Plus (BBB+) dari Standard and Poor dan Moodley, kadar
inflasi telah turun dari 10 peratus pada tahun 1994 menjadi 3.8 peratus pada
tahun 2006, arus investasi asing langsung saat ini telah mencapai tingkat yang sangat
tinggi yang didorong oleh tingkat kepercayaan bisnis yang sangat kuat, Afrika
Selatan dikenal sebagai negara yang memiliki teknologi dan inovasi yang cukup
maju di dunia, khususnya di bidang konversi gas ke minyak cair dan konversi arang batu ke minyak.
Referensi: